• Diposting Oleh : BMQ AT-TARTIL BOJONEGORO Selasa, 11 Februari 2014


    Semua adab bagi seorang pengajar (guru) yang telah dijelaskan sebelumnya juga merupakan adab bagi seorang pelajar. Selain itu ada beberapa adab tambahan bagi orang yang sedang belajar al-qur'an. Berikut ini penjelasannya;

    1. Diantara adab seorang pelajar ialah menjauhkan dirinya dari hal-hal yang menyibukkan sehingga mengganggu perhatiannya untuk belajar, kecuali hal-hal yang mesti dilakukan kerana keperluan.

    2. Hendaklah dia membersihkan hatinya dari kotoran-kotoran dosa supaya dapat menerima      Al-Qur’an, manghafal dan memanfaatkannya. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
     
    أَلَا َإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ 
               
    “Ketahuilah, sesungguhnya didalam tubuh manusia segumpal daging. Jika daging itu baik, maka seluruh tubuh menjadi baik. Jika daging itu rusak, maka seluruh tubuh menjadi rusak. Ingatlah, daging itu ialah hati.” (Shahih Bukhari, no.50 dan Shahih Muslim, no.1599).

  • - Copyright © 2014 BMQ AT-TARTIL BOJONEGORO - Designed by Johanes Djogan -